Selamat hendaknya kepada semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan akan lebih baik lagi pada hari yang mendatang.
urm...blog ni baru al faqir buatkan kerana blog yang lama dah tak boleh buka. Walaupun baru tapi al faqir ada sesuatu yang ingin di kongsi bersama..
Pegalaman perlu di cari, pengetahuan perlu di bina..agak-agak semua setuju tak?
jangan jawab dulu ye..al faqir nak datangkan sebuah kisah..baca bagi habis, kemudian baru komen ye..
Kenal dengan Ghenzis Khan tak?mesti kenalkan, nama besar dalam sejarah dunia..dikatakan menjajah setiap tempat dilalui dengan begitu mudah..tapi hari ni al faqir tak nak cerita tentang dia tapi tentang cucu dia..kublai Khan, kenal tak? Kalau tak kenal, masuk perpustakaan tambah2kan bahan bacaan anda..
Ok la..kedua2 nama yang al faqir sebutkan tadi tu..merupakan pemerintah kerajaan monggol yang terkenal dengan kedahsyatan mereka tapi tak la dahsyat sangat..nak tau sebab apa tak dahsyat? teruskan membaca..
Pada abad ke 12, Kublai Khan yang telah mewarisi kerajaan dan tanah yang dikuasai daripada atuknya Ghenzis Khan yang cukup besar. Sampai dikatakan, Kublai Khan ni dah tak tau nak buat apa kerna seluruh cina dah di tawannya..kemudian datang suatu idea gila di kepalanya..ingin menjajah jepun. Biar betul..memang la tentera monggol tu terer2 belaka tetapi hanya di daratan je..kalau nak ke jepun kena rentasi lautan, pernah ke tentera monggol seberang lautan? tak pernah pun...tapi Kublai Khan ni tak plak terfikir benda tu..yang dia tau, dia nak jajah jepun..jadi nak tak nak, semua kena la bersiap2 untuk pergi menjajah jepun..benda yang pertama kena buat adalah buat kapal perang. tau tak bape banyak? dikatakan 4400 buah kapal perang perlu di buat untuk menampung sebanyak 140 000 tentera bagi menyerang jepun. Uih..hebat betul. Berita serangan telah sampai ke jepun..semua naik takut la, bukan sikit tapi 140 000 orang tentera..mau tak cuak di buatnya.
Setelah setahun, maka siap la kapal perang monggol..cepat tul siap, 4400 buah kapal perang siap dalm setahun..tapi bukan tentera monggol buatkan, orang cina yang buat..maka bermula la hari untuk merealisasikan angan2 Kublai Khan..dalam masa yang sama, samurai jepun pun dah siap2 menunggu kedatangan tentera monggol dengan pelbagai persiapan teknik berperang..
Pada 1281, maka berlepas la armada besar tentera monggol untuk menyerang jepun..pendekkan cerita la..tentera monggol kalah.nak tau sebab apa, baca sejarah la..gurau je. Tentera monggol kalah bukan dengan jepun tapi kalah dengan kuasa alam..macam mana? Pada 12 ogos 1281, tentera monggol di landa ribut di tengah lautan..habis semua kapal karam di landa ombak
besar ketika ribut. Macam mana la diorang tak tau yang ribut nak melanda? Sebenarnya diorang memang tak tau sebab tentera monggol hanya hebat di daratan. Kalau di daratan, apa sahaja jenis serangan tentera monggol mahir tapi kalau di lautan..memang tak tau apa2..tau2 dah kena telan dengan ribut..
Kemudian kekalahan tersebut telah menyebabkan kekalahan tentera monggol berterusan..
sebenarnya panjang lagi kisah ni tapi takut ada yang tak larat nak baca..so al faqir pendekkan. Kalau ada siapa berminat nak tau kisah ni lebih lanjut, rajin2kan diri baca sejarah ye..
Motifnya di sini setiap sesuatu perkara yang tergesa2 di buat memang jarang menjadi..
so..pengalaman perlu di cari, pengetahuan perlu di bina..
Maaf ye andai coretan al faqir ni banyak kesalahannya..sekadar ingin berkongsi pengetahuan.
selamat memotivasikan diri anda...


